Processing math: 100%

Mencari Pecutan daridapa Pita Detik

Mencari Pecutan

Pecutan suatu gerakan dapat ditentukan oleh jangka masa detik dengan menggunakan persamaan berikut:

Berjaga-jaga!
t ialah masa yang diambil oleh perubahan halaju dari halaju awal ke halaju akhir.

Contoh:

Pita detik di dalam rajah di atas dihasilkan oleh sebuah kereta mainan yang bergerak di atas satu landasan condong. Jika jangka masa detik yang digunakan menghasilkan 50 titik dalam satu saat, kira pecutan kereta mainan itu.

Jawapan
:
Untuk mencari pecutan, kita perlu menentukan halaju awal, halaju akhir dan masa yang diambil oleh perubahan halaju berkenaan.

Halaju awal,
u=st=3cm0.02s=150cms1
Halaju akhir,
v=st=0.5cm0.02s=25cms1
Masa yang diambil oleh perubahan halaju,
t = (0.5 + 4 + 0.5) ticks = 5 ticks
t = 5 × 0.02s = 0.1s

Pecutan,
a=vuta=251500.1=1250cms1
Contoh:

Sebuah troli ditolak menaiki satu cerun. Rajah di atas menunjukkan carta pita detik yang menunjukkan gerakan troli itu. Dalam carta itu, setiap keratan pita detik terdiri daripada 5 detik. Jika jangka masa detik itu menghasilkan 50 titik dalam satu saat, tentukan pecutan troli itu.

Jawapan:
Untuk mencari pecutan, kita perlu menentukan halaju awal, halaju akhir dan masa yang diambil oleh perubahan halaju berkenaan.

Halaju awal,
u=st=5cm0.1s=50cms1 Halaju akhir
v=st=1cm0.1s=10cms1 Masa yang diambil oeleh perubahan halaju,
t = (2.5 + 5 + 5 + 5 + 2.5) ticks = 20 ticks
t = 20 × 0.02s = 0.4s

Pecutan,
a=vuta=10500.4=100cms1
Video di bawah menunjukkan langkah-langkah untuk menyelesaikan masalah ini..